Popular Posts

Wednesday, November 17, 2010

sokong2 15 pemain remaja Malaysia lakukan 'samba' di Brazil

PETALING JAYA - Impian 15 pemain bola sepak remaja tempatan untuk ke Brazil bakal menjadi kenyataan apabila mereka akan menjejakkan kaki ke bumi samba itu minggu depan.
Pemain berusia antara 13 dan 17 tahun itu, akan berlepas 24 November ini untuk menjalani sesi latihan selama sebulan bersama kelab bola sepak terkenal dan paling berjaya iaitu Kelab Bola Sepak Sao Paulo.
Pengurus pasukan, Henry Pillai berkata, pemain terlibat yang mengikuti latihan di bawah Brazil Football Centre di Subang Jaya akan turut mengambil bahagian dalam satu kejohanan antarabangsa di negara berkenaan.
"Mereka akan didedahkan kepada kelab bola sepak dan stadium yang berlainanserta berpeluang bertemu beberapa bintang bola sepak Brazil.
"Kami harap apabila kembali ke tanah air, mereka akan menjadi lebih bersemangat dan mempunyai azam untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara," katanya selepas sesi latihan di Sekolah Menengah Sri Kelana Jaya di sini, semalam.
Pusat Bola Sepak Brazil ditubuhkan di Malaysia pada 2004 oleh Sportsalvation Sdn. Bhd. sebagai perkongsian dengan Brazil Sports Network. Setiap tahun bermula 2006, pusat berkenaan menghantar pasukan ke Brazil untuk latihan singkat bagi pendedahan antarabangsa.
Jurulatih pemastautin warga Brazil bagi pasukan itu, Robson Mattos De Oliveira berkata, program itu akan membantu pemain menjadi lebih matang dan mempunyai gambaran meluas mengenai bola sepak terutamanya di Brazil.
Seorang pemain, Muhammad Md Rosli, 15, berkata, peluang itu merupakan sekali seumur hidup yang tidak akan disia-siakannya.
"Saya memang minat bola dan akan gunakan peluang ini sebaiknya," kata pelajar Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah itu. - Bernama

Tuesday, November 16, 2010

waaaaaaaaa..mcmana bola sepak malaysia ni..tlg2.

sokong malaysia....kemana juaor dimana jua anda berada